Pages

Wednesday, 13 November 2013

SINDROM BEBALISME MENGABURI KEWARASAN PRO-M USM

Kalau semalam riuh rendah para penyokong Pro-M memahat isu Pembentukan MPP Sidang 2013/2014 yang mereka dakwa tak telus dan tidak adil, hari ni apa pula game mereka?

Hamboihh..bukan main lagi buat tuduhan macam-macam. Kononnya ada komplot lah, Pro-Aspirasi tolak calon pilihan mahasiswa lah, bla bla bla lagi lah..heh.

Yang dok membingit bagai tu bukan MPP pun rupa-rupanya. Sekadar penyalak di pinggir kebun.

Semalam juga, C4 dan sahabat Lenchai Empat yang masuk membela kebenaran telah mencabar MPP Pro-M supaya tarik diri daripada menganggotai MPP yang dibentuk sidang ini kalau benar mereka menolak keputusan pembentukan tersebut. Malangnya, sampai ke jam ini, tak ada seorang pun MPP Pro-M yang menyahut cabaran tersebut. Para penyokong mereka juga seakan senyap sunyi. 

Pro-M di USM mempunyai sejarah memboikot Pilihan Raya Kampus sepuluh tahun yang lepas. Sejak pemboikotan tersebutlah, akhirnya mereka gagal memenangi kembali MPP dan memberikan peluang kepada Pro-Aspirasi menguasai pemerintahan kampus selama sepuluh tahun berturut-turut. Akibat ego dan kebebalan yang teramat tebal, akhirnya tindakan mereka memakan diri sendiri. Maka atas sebab itu mungkin, MPP Pro-M sidang ini tak berani ambil tindakan yang sama walaupun mereka sendiri dakwa berlaku ketidakadilan.

Tak adil bila tak untungkan mereka, tapi telus dan adil bila untungkan mereka. Itu sifirnya. Puiiiihhh.. 



MEMBEDIL KEBATHILAN PRO-MAHASISWA

Tuesday, 12 November 2013

GOBLOK KAMPUS SIRI 2

Ini lagi satu. Masa depan hancur kerana salah pilih wadah perjuangan. Siapa nak tolong kalau dah jadi macam ni? Tak tahulah apa nasib akak ni kan..... 



MEMBEDIL KEBATHILAN PRO-MAHASISWA

GOBLOK KAMPUS SIRI 1


Siapa tahu kat mana gambar di atas diambil?

Generasi baru mahasiswa hari ni tak ramai yang tahu kisah di sebalik gambar jijik ini. Ini bukan kerja calang-calang manusia. Lahanat. Biadap. 

Tunggu masa C4 akan kongsikan di sini. 


MEMBEDIL KEBATHILAN PRO-MAHASISWA

BANYAK BISING!! PRO-M DICABAR KELUAR DARIPADA MPP!!

Rumah siap pahat masih berbunyi. Itulah perumpamaan paling bijak untuk C4 gunakan bagi menggambarkan sikap segelintir penyokong fanatik Pro-M di USM. Sebenarnya, kat mana-mana kampus pun sama je puak-puak ni. Asal untungkan puak-puak dia, maka senyap sunyilah. Tapi kalau rugikan puak-puak depa, riuh 40 hari 40 malam ler jawabnya.

Mai kita lihat kebebalan puak-puak ni. 

#1 Di Kampus Kejuruteraan.


#2 Ini di Kampus Induk. Dari pagi tadi dok bunyik bagai..heh.


P/S : Dah la pakai akaun palsu, lepas tu bingit mengalahkan MPP Pro-M sendiri. Terpaksa sahabat C4, Lenchai Empat masuk menjawab. Nak harap bebudak Aspirasi tak terjawab la gamaknya.

Untuk makluman semua, untuk membentuk sebuah MPP yang sah di USM, ada tiga tahap yang perlu dilalui iaitu :

1. Pemilihan (dah setel pada 24hb Oktober 2013)
2. Pembentukan (dah setel pada 11hb November 2013)
3. Pelantikan (pengurniaan watikah dijangkakan pada 15hb November 2013, Jumaat ini)

Ini bukan proses yang mudah dan sekadar ambil syarat. Kita ada kaedah dan tatacara sendiri yang sejak sekian lama dipatuhi dan dihormati. Yang jadi masalahnya sekarang ni, ramai sangat penyokong fanatik baik dari Aspirasi ataupun Pro-M sendiri yang dihinggapi sindrom bebalisme. Penyakit bebal hasil campuran virus bodoh sombong dan egoistik.

Tapi kalau MPP Pro-M dan para penyokongnya memang tak puas hati sangat, C4 cadangkan apa kata kalian semua isytihar boikot MPP yang dibentuk semalam, dan keluar daripada MPP ini untuk menubuhkan sebuah MPP baharu. Boleh?

1)   MPP PRO-M BOIKOT MPP USM SIDANG 2013/2014.
2) MPP PRO-M ISYTIHAR PEMBENTUKAN MPP USM YANG BAHARU DAN BERKECUALI.

Ada berani tak? Jangan bising saja brader. Buktikan dengan tindakan!


APA LAGI PRO-M USM MAHU??

C4 ketawa tengok gelagat segelintir ahli Pro-M USM yang masih mempertikaikan keputusan Pembentukan MPP malam semalam. Yang kelakarnya, kalangan MPP Pro-M sendiri dah boleh terima pun keputusan tersebut. Jadi kenapa ahli bawahan pula yang over react sangat ni? Tak paham den..heh.


Sapa dia si Syafarah ni? Kalau kawan-kawan nak tau, dia ni antara aktivis tegar mahasiswa propembangkang dalam kampus kita ni. Dia terlibat waktu demonstrasi depan KFC Sg. Dua baru-baru yang konon-kononnya nak menyelamatkan Si Adam Adli Tiang Bendera yang dilokap akibat kebiadapannya sendiri. 

Syafarah ni hadir bersama sejumlah aktivis SUARAM P.Pinang yang memang kita tahu dan ada rekod serta bukti untuk mengaitkan mereka dengan KOMTAR dan Pakatan Rakyat. 

Wahai Cik Syafarah, cuba kamu belajar dari sikap toleransi pemimpin Pro-M yang mengambil bahagian dalam Pembentukan MPP semalam. Cantik je kan bila sama-sama boleh terima keputusan majoriti yang dah dicapai.


Ini lagi satu posting Zaki Zainol, calon Pro-M di Konstituensi Umum yang boleh terima keputusan Pembentukan MPP Sidang 2013/2014.



Cantik kan? Jadi kenapa Pro-M bawahan ni nak bising-bising bagai pulak? Mari baca apa komen salah seorang teman C4 yang dulu pernah beraktivisme bersama Pro-M (sekarang dah insaf, alhamdulillah) bila C4 ajukan persoalan ini kepada beliau sebentar tadi. 

Pro-M tak perlu bising. Lain kali kali hantar calon di semua kerusi dan pastikan menang majoriti kalau nak berkuasa. Kalau tiap tahun hantar calon tak pernah penuh, macam mana nak bentuk MPP?

Selama ini siapa yang beriya-iya mahukan platform? USM tak pernah benarkan konsep platform tetapi terpaksa ‘pejam mata’ sebab Pro-M sangat beriya-iya mahu berplatform. Jadi kalau undi dalam majlis Pembentukan berpihak kepada kumpulan yang majoriti, maka kumpulan minoriti kenalah hormat.

Peraturan tetap peraturan. Syarat tetap syarat. Hormatlah pada setiap masa. Bukannya bersikap tidak matang dengan mempertikaikan sesuatu perkara apabila melihat perkara itu tidak memihak kepada kita, tapi diam bila ia menguntungkan. Susah sangat ke nak ikut peraturan ketika kalah?

Lepas ni Pro-M nak buat apa? Nak terus bantah? Nak terus berpolemik dan berpolitik? Atau nak berdemonstrasi keliling kampus? 

C4 tak tahu nak komen apa lagi. Cuma kesian, sedih tengok gelagat Pro-M sejak akhir-akhir ni. Di Kejuruteraan lagilah teruk. Kesian Mus'ab Umair kena hentam dengan geng Pro-M di sana. Tak ada siapa nak back up. Dia naik melalui keputusan majoriti. Jadi terimalah keputusan yang dicapai ini dengan hati yang terbuka.

Bak kata teman C4 tu, kalau nak berkuasa, pastikan dapat majoriti. Lepas tu ampa nak buat apa pun buatlah!! 

Sunday, 3 November 2013

#PRKUSIM2013 Antara Label dan Kuasa

Kemenangan kumpulan Pro-Universiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam pilihan raya kampusnya baru-baru ini, ibarat menang tak disorak, kalah tak diendah.

Semakin hari, bangkai yang cuba ditutup oleh pihak universiti semakin tidak tertutup. Pihak universiti seakan-akan cuba menyembunyikan kebenaran dengan gebar cantik lagi empuk dan selesa supaya seluruh rumah kekal wangi, namun sayang seribu kali sayang, busuk hanyirnya lebih power mengatasi keenakan yang dicipta-cipta.  

Sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan II tahu ataupun tidak, kumpulan Pro-Universiti yang kononnya menang itu sebenarnya ialah kumpulan manahsiswa Pro-Anwarisme, Pro-Pakatan Rakyat dan segala pro lagi yang menjurus kepada pembangkang.

Jika selama ini, apabila disebut Kumpulan Pro-Universiti atau menyokong universiti, maka gambaran yang wujud di minda setiap orang ialah kumpulan tersebut menyokong aspirasi universiti, menyokong pentadbiran universiti yang dipilih oleh pihak kerajaan. Namun kali ini, di USIM, lain jadinya. Pro-Universiti di USIM ialah propembangkang!

Adakah USIM sudah ditawan oleh pihak pembangkang? Atau lebih tepat, adakah pentadbiran universiti tersebut terutamanya bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, sudah jadi pentadbiran yang Pro-Anwarisme?

Media perlu berhenti menggunakan label Pro-Universiti kepada kumpulan mahasiswa yang berjaya membentuk Majlis Perwakilan Pelajar di USIM. Labelkan sahaja mereka sebagai kumpulan mahasiswa propembangkang, dan USIM pula sebagai universiti pembangkang.

Cerita lebih panas, klik SINI.


SELAMAT DATANG LENCHAI EMPAT

Alhamdulillah. Sekarang ni C4 tidak bersendirian lagi. Sebuah kumpulan kecil telah dibentuk dengan mengambil semangat yang kami kongsi bersama, "Membedil Kebatilan Pro-Mahasiswa" dan kami akan beraksi sepenuhnya dalam ruang maya tanpa sempadan ini. 


Sedikit catatan ringkas :

1. Sebuah laman blog khas diberi nama C4, dikendalikan oleh C4 sendiri akan berperanan sebagai pelontar hujah/kritikan dan membuat pendedahan berkenaan Pro-Mahasiswa yang wajar kita semua tahu, kenal dan waspada.

2. Akaun FB dan Twitter dengan nama Lenchai Empat pula telah berjaya dibina malam semalam, tanggal 2 November 2013, setelah kami mengadakan perbincangan panjang. Akaun-akaun ini akan dikendalikan oleh tiga orang sahabat C4.

3. Asasnya, kami berkongsi objektif yang sama. Namun begitu, secara politik, kami tidak mewakili sebarang kepentingan. C4 dengan pandangan dan ideologi sendiri manakala sahabat-sahabat C4, mereka bebas berpegang pada pandangan dan ideologi masing-maisng.

4. Kata putus telah dicapai, bahawa kami, pada bila-bila masa dan di mana-mana pun kami berada, adalah bayang-bayang. Kami bergerak bebas dalam platform masing-masing atas pelbagai tujuan dan situasi. Tidak ada sesiapa antara kami boleh dedahkan diri, atau bertindak di luar sempadan alam maya. 

5. Demokrasi dan kebebasan bersuara adalah sampah, namun kami menghormati hak dan pandangan majoriti. Maka itu, kami akan memanfaatkan ruang tersebut, di alam maya ini, sepenuhnya. Musuh kami, rakan kami, adalah jelas. 


Sekian.