Rumah siap pahat masih berbunyi. Itulah perumpamaan paling bijak untuk C4 gunakan bagi menggambarkan sikap segelintir penyokong fanatik Pro-M di USM. Sebenarnya, kat mana-mana kampus pun sama je puak-puak ni. Asal untungkan puak-puak dia, maka senyap sunyilah. Tapi kalau rugikan puak-puak depa, riuh 40 hari 40 malam ler jawabnya.
Mai kita lihat kebebalan puak-puak ni.
#1 Di Kampus Kejuruteraan.
#2 Ini di Kampus Induk. Dari pagi tadi dok bunyik bagai..heh.
P/S : Dah la pakai akaun palsu, lepas tu bingit mengalahkan MPP Pro-M sendiri. Terpaksa sahabat C4, Lenchai Empat masuk menjawab. Nak harap bebudak Aspirasi tak terjawab la gamaknya.
Untuk makluman semua, untuk membentuk sebuah MPP yang sah di USM, ada tiga tahap yang perlu dilalui iaitu :
1. Pemilihan (dah setel pada 24hb Oktober 2013)
2. Pembentukan (dah setel pada 11hb November 2013)
3. Pelantikan (pengurniaan watikah dijangkakan pada 15hb November 2013, Jumaat ini)
Ini bukan proses yang mudah dan sekadar ambil syarat. Kita ada kaedah dan tatacara sendiri yang sejak sekian lama dipatuhi dan dihormati. Yang jadi masalahnya sekarang ni, ramai sangat penyokong fanatik baik dari Aspirasi ataupun Pro-M sendiri yang dihinggapi sindrom bebalisme. Penyakit bebal hasil campuran virus bodoh sombong dan egoistik.
Tapi kalau MPP Pro-M dan para penyokongnya memang tak puas hati sangat, C4 cadangkan apa kata kalian semua isytihar boikot MPP yang dibentuk semalam, dan keluar daripada MPP ini untuk menubuhkan sebuah MPP baharu. Boleh?
1) MPP PRO-M BOIKOT MPP USM SIDANG 2013/2014.
2) MPP PRO-M ISYTIHAR PEMBENTUKAN MPP USM YANG BAHARU DAN BERKECUALI.
Ada berani tak? Jangan bising saja brader. Buktikan dengan tindakan!
No comments:
Post a Comment