Pages

Showing posts with label Isu Kampus. Show all posts
Showing posts with label Isu Kampus. Show all posts

Tuesday, 9 April 2013

KEMEHAWAN PMI USM


Sejak akhir-akhir ini C4 melihat bahawa persatuan PMI USM semakin aktif menjalankan pelbagai aktiviti. Baguslah sekiranya mereka mula aktif dan sering  mengadakan program dalam kampus khususnya program-program keagamaan.  C4 amat memujinya. Tahniah kepada kepimpinan YDP Saudara Aiman.


Namun demikian melalui program-program yang C4 ikuti iaitu semasa sesi bersama bekas penari kebudayaan USM, Diana Amir dan juga yang terkini Karnival Mahabah (di perkarangan masjid), C4 tertanya-tanya untuk apakah kami sebagai pengunjung atau peserta dikehendaki membuat pendaftaran? Semua maklumat seperti nama penuh, No. IC, nombor telefon dan sebagainya diambil.



Timbul persoalan. Dalam banyak- banyak program yang C4 join tak pula memerlukan pendaftaran sebegini. Apakah yang cuba dibuat dengan nama dan segala bagai maklumat tersebut? Hal ini menjadi kemusykilan kepada C4 sampai hari ini. Maklum sajalah, bukan C4 merungut tapi berasa pelik. Mungkinkah ia akan digunakan untuk tujuan yang baik atau untuk digunakan semasa PRU 13 nanti? Atau untuk PRK yang bakal datang? Kalau untuk PRU maka C4 tergolong dalam golongan yang rugi sebab tak daftar undi lagi. Tapi sekiranya untuk PRK maka C4 berasakan bahawa PMI kali ini betul-betul bersedia untuk menawan kampus!.

Kedua, C4 juga tertanya-tanya dari manakah datangnya dana yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program yang boleh dikatakan hampir setiap minggu? Bukan apa, kalau boleh C4 pun nak belajar juga kaedah cari dana untuk persatuan yang C4 sertai. Setahu C4 bukan senang nak dapat dana atau penajaan ni, berpeluh jugalah. Untungnya mereka ni kan?