C4 ketawa tengok gelagat segelintir ahli Pro-M USM yang masih mempertikaikan keputusan Pembentukan MPP malam semalam. Yang kelakarnya, kalangan MPP Pro-M sendiri dah boleh terima pun keputusan tersebut. Jadi kenapa ahli bawahan pula yang over react sangat ni? Tak paham den..heh.
Sapa dia si Syafarah ni? Kalau kawan-kawan nak tau, dia ni antara aktivis tegar mahasiswa propembangkang dalam kampus kita ni. Dia terlibat waktu demonstrasi depan KFC Sg. Dua baru-baru yang konon-kononnya nak menyelamatkan Si Adam Adli Tiang Bendera yang dilokap akibat kebiadapannya sendiri.
Syafarah ni hadir bersama sejumlah aktivis SUARAM P.Pinang yang memang kita tahu dan ada rekod serta bukti untuk mengaitkan mereka dengan KOMTAR dan Pakatan Rakyat.
Wahai Cik Syafarah, cuba kamu belajar dari sikap toleransi pemimpin Pro-M yang mengambil bahagian dalam Pembentukan MPP semalam. Cantik je kan bila sama-sama boleh terima keputusan majoriti yang dah dicapai.
Ini lagi satu posting Zaki Zainol, calon Pro-M di Konstituensi Umum yang boleh terima keputusan Pembentukan MPP Sidang 2013/2014.
Cantik kan? Jadi kenapa Pro-M bawahan ni nak bising-bising bagai pulak? Mari baca apa komen salah seorang teman C4 yang dulu pernah beraktivisme bersama Pro-M (sekarang dah insaf, alhamdulillah) bila C4 ajukan persoalan ini kepada beliau sebentar tadi.
Pro-M tak perlu bising. Lain kali
kali hantar calon di semua kerusi dan pastikan menang majoriti kalau nak
berkuasa. Kalau tiap tahun hantar calon tak pernah penuh, macam mana nak bentuk
MPP?
Selama ini siapa yang beriya-iya
mahukan platform? USM tak pernah benarkan konsep platform tetapi terpaksa ‘pejam
mata’ sebab Pro-M sangat beriya-iya mahu berplatform. Jadi kalau undi dalam
majlis Pembentukan berpihak kepada kumpulan yang majoriti, maka kumpulan minoriti
kenalah hormat.
Peraturan tetap peraturan. Syarat
tetap syarat. Hormatlah pada setiap masa. Bukannya bersikap tidak matang dengan
mempertikaikan sesuatu perkara apabila melihat perkara itu tidak memihak kepada
kita, tapi diam bila ia menguntungkan. Susah sangat ke nak ikut peraturan
ketika kalah?
Lepas ni Pro-M nak buat apa? Nak
terus bantah? Nak terus berpolemik dan berpolitik? Atau nak berdemonstrasi
keliling kampus?
C4 tak tahu nak komen apa lagi. Cuma kesian, sedih tengok gelagat Pro-M sejak akhir-akhir ni. Di Kejuruteraan lagilah teruk. Kesian Mus'ab Umair kena hentam dengan geng Pro-M di sana. Tak ada siapa nak back up. Dia naik melalui keputusan majoriti. Jadi terimalah keputusan yang dicapai ini dengan hati yang terbuka.
Bak kata teman C4 tu, kalau nak berkuasa, pastikan dapat majoriti. Lepas tu ampa nak buat apa pun buatlah!!
No comments:
Post a Comment