Pages

Sunday 3 November 2013

SELAMAT DATANG LENCHAI EMPAT

Alhamdulillah. Sekarang ni C4 tidak bersendirian lagi. Sebuah kumpulan kecil telah dibentuk dengan mengambil semangat yang kami kongsi bersama, "Membedil Kebatilan Pro-Mahasiswa" dan kami akan beraksi sepenuhnya dalam ruang maya tanpa sempadan ini. 


Sedikit catatan ringkas :

1. Sebuah laman blog khas diberi nama C4, dikendalikan oleh C4 sendiri akan berperanan sebagai pelontar hujah/kritikan dan membuat pendedahan berkenaan Pro-Mahasiswa yang wajar kita semua tahu, kenal dan waspada.

2. Akaun FB dan Twitter dengan nama Lenchai Empat pula telah berjaya dibina malam semalam, tanggal 2 November 2013, setelah kami mengadakan perbincangan panjang. Akaun-akaun ini akan dikendalikan oleh tiga orang sahabat C4.

3. Asasnya, kami berkongsi objektif yang sama. Namun begitu, secara politik, kami tidak mewakili sebarang kepentingan. C4 dengan pandangan dan ideologi sendiri manakala sahabat-sahabat C4, mereka bebas berpegang pada pandangan dan ideologi masing-maisng.

4. Kata putus telah dicapai, bahawa kami, pada bila-bila masa dan di mana-mana pun kami berada, adalah bayang-bayang. Kami bergerak bebas dalam platform masing-masing atas pelbagai tujuan dan situasi. Tidak ada sesiapa antara kami boleh dedahkan diri, atau bertindak di luar sempadan alam maya. 

5. Demokrasi dan kebebasan bersuara adalah sampah, namun kami menghormati hak dan pandangan majoriti. Maka itu, kami akan memanfaatkan ruang tersebut, di alam maya ini, sepenuhnya. Musuh kami, rakan kami, adalah jelas. 


Sekian. 

No comments:

Post a Comment