Pages

Thursday 25 April 2013

AZNIL HAJI NAWAWI DIHALAU MAHASISWA USM??

Salah seorang Ikon 1Malaysia, Aznil Haji Nawawi yang juga Pengacara Nombor 1 negara hari ini sempat singgah di USM ketika beliau dalam siri Jelajah IM4U ke seluruh negara. C4 yang kebetulan berada di USM atas urusan kerja, turut tidak lepaskan peluang bertemu dengan idola C4 ini. Jom tengok gambar-gambar Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bersama para peminatnya di USM.







Sekarang ni budak-budak USM juga sedang buat Karnival Sukarelawan 2013. Meriah sungguh, bertambah meriah tadi dengan kunjungan Pak Nil. Beruntung betul mereka. Dulu susah nak dapat peluang macam ni. Syukurlah negara kita aman damai dan rakyatnya bebas bergerak ke mana-mana sahaja yang diingi tanpa perlu bimbang akan keselamatan diri. Bebas buat program siang malam, di mana-mana sahaja. Nak apa lagi?

Sunday 14 April 2013

TEORI BLACK PEARL PAKATAN RAKYAT


C4 tertarik dengan situasi muktahir yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Mingguan Malaysia, edisi 14 April 2013, menyiarkan rayuan penuh sayu lagi pilu yang dibuat oleh Pengerusi DAP, si tua OKU Karpal Singh supaya parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Pakatan Rakyat ni, kalau boleh diibaratkan, dah macam sebuah kapal dengan tiga nakhoda berlainan. Masih ingat gelagat Jack Sparrow, Kapten Barbosa dan Flying Dutchman dalam francais filem Pirates of The Carribean? C4 sebenarnya tersenyum bila baca rayuan Pengerusi DAP itu sebab kisahnya tak jauh beza dengan perebutan kuasa dalam kapal Black Pearl membabitkan ketiga-tiga ketua lanun dalam filem tersebut.

Masing-masing ada gaya sendiri. Masing-masing nak berkuasa. Kapten Barbosa misalnya, C4 ibaratkan sebagai Hadi Awang, seorang ketua lanun yang bijak dan pandai menyusun strategi tetapi selalu juga ditipu atau dikenakan oleh Jack Sparrow. Dalam kalangan mereka, yang paling nakal dan licik tentulah Kapten Jack Sparrow (Anwar Ibrahim). Namun, yang paling digeruni dan dihormati sebenarnya ialah Flying Dutchman. Siapa watak ini? Siapa lagi kalau bukan Karpal Singh.



PAS masih lagi tak boleh tinggal imej Islamnya. Kalau tinggal terus (walaupun sekarang ni dah nampak sedikit demi sedikit dibuang), maka mengamuklah akar umbi. Jadi nak tak nak, pemimpin utama PAS perlu bercakap tentang agenda Islamnya. PKR pula, masih tegar dengan hasrat melunaskan dendam serta cita-cita peribadi Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Manakala DAP pula, macam biasalah, penuh dengan agenda Malaysian Malaysia yang sebenarnya mahu menguntungkan satu bangsa sahaja.

C4 percaya, atas percaturan masing-masing ini berlakunya perebutan kerusi yang kian tenat dalam Pakatan Rakyat ketika ini. Masing-masing tak percaya antara satu sama lain. PKR tak percaya DAP dan PAS akan bantu mereka menguasai Seri Perdana, PAS pula tak percaya PKR dan DAP akan ikut kehendak mereka melaksanakan pemerintahan Islam. DAP? Langsung tak pernah percaya akan PAS dan PKR dalam segenap hal.

Ibarat Black Pearl. Ibarat Jack Sparrow, Barbosa dan Dutchman. Kalau Jack ada kompas merengnya, hari ini Anwar ada pengikut-pengikut yang lebih mereng daripada kompas mereng si Jack Sparrow. Merengnya mereka ini hingga percaya bulat-bulata setiap apa yang diperkatakan oleh Anwar. Hadi pula beruntung sebab ada pengikut yang taksub. Tapi yang pasti Karpal Singh juga untung sebab dia ada pengikut yang cerdik dan pandai tikam dalam gelap, dalam senyap.

Saturday 13 April 2013

UMNO FITNAH LAGI?


Gempak satu malaysia, dengan isu Setiausaha Agung PAS iaitu Dato Mustafa Ali dengan wanita yang belum lagi dikenal identitinya. seperti dijangka ledakan Boom ini tidak sedikitpun mencalar atau mengugat hati-hati pejuang tegar PAS. C4 percaya seperti video-video sebelum ini yang melibatkan pemimpin mereka  maka secara atutomatiknya butang Fitnah UMNO akan ditekan dan jari telunjuknya akan memfokuskan bahawa ini semua kerja UMNO. tahniah ....

aduuuiiiiiiii pening jugak kepala C4, belum pun ada siasatan dan pengakuan, terus kesalahan itu dihukumi kepada pihak lain. apa masalah pun C4 kurang pasti, mungkin lepas kalau kita lakukan apa sahaja perkara maka kita akan hukumi UMNO, persoalan C4 kenapa UMNO? mungkinkah ini juga salah satu strategi Pakatan Rakyat? dan akhirnya UMNO dijadikan kambing hitam, emmmmm mungkin ada asas. tapi yakin dan percaya ke puak-puak jentera Pakatan Rakyat terutama PAS. pada mereka pemimpin merekalah yang baik dan berhati murni nurani dan tiada dosa.....politik negara makin panas.....

Wednesday 10 April 2013

ayam sabung

tanggal 20 April 2013 telah ditetapkan sebagai tarikh keramat untuk  Barisan National melawan keegoan Pakatan Rakyat dan tarikh terbaik bagi masing-masing menentukan calon-calon yang berkaliber. C4 teringkat masa dikampung melihat perlawanan ayam sabung dan inilah masanya bagi kedua-dua parti mempertaruhkan ayam (calon) terbaik mereka. paruhnya perlu tajam, tajinya kena panjang,kepaknya kena melebar luas dan yang penting adalah semangat dan kesihatan ayam itu, masuklah gelanggang mana sekali pun C4 yakin pasti menang.

kalau dinilai dari segi kreadibiliti calon yang dipertaruhkan oleh Pakatan Rakyat, C4 melihat bahawa banyak yang perlu diperbaiki, banyak tektik yang perlu digunakan, banyak muslihat yang harus diperhalusi memandangkan calon-calonnya mempunyai masalah moral yang cukup teruk terutama seteru dalam Keadilan, isu seksual dan pemikiran yang sekular menjadi satu tonikd an barah yang cukup serius untuk mereka berhadapan dnegan rakyat, Azmin Ali,Teresa,dan beberapa lagi tokoh mereka termasuklah dalang utama B.A.B.I (brader Anuar Bin Ibrahim) mempunyai masalah gelora seks yang cukup hebat. sudah tentulah ketentuan moral ini akan diambil sebagai pertimbangan oleh pengundi walaupun acap kali mereka menyatakan ini adalah fitnah namun pada masa yang sama tiada sebarang tindakan undang.-undang diambil oleh penfitnah.

C4 melihat bahawa pertembungan kali ini akan memihak kepada ayam jantan yang sudah cukup bersedia bersabung dalam gelanggang yang bakal ditentukan oleh kita sebagai penonton dan banyak yang perlu kita pertaruhkan dalam perlawanan ini....


TOLAK PAKATAN RAKYAT= TOLAK LGBT

Bila C4 tengok je muka si minah sebelah ini semacam sentimen kebencian datang meluap-luap. mana mungkinn rakyat Malaysia lupa dengan masalah yang dibangkitkan oleh si minah yang tak reti bersyukur ini, kalaulah PR menang dalam PRU13 nanti, sudah tentulah antara orang yang paling bahagia adalah minah senget ni.

LGBT yang didokong dan dimuliakan oleh beliau akan ditegakkan. cissss meluap aku. yang paling tak boleh blah adalah PAS yang bersekutu dengan puak ni, apa tak leh pikir ke apa yang bakal berlaku sekiranya LGBT tu dimuliakan di Negara kita MALAYSIA,apa dah hilang akal ke puak-puak juak PAS ni. apa yang nk ditegakkan lagi sekiranya perkara mungkar yang terang-terang nk dibawa pun takut ditegur. inilah minah senget yang bakal menjadi RATU LGBT dalam malaysia dan kejayaan paling berharga adalah dengan meyakinkan sekutunya PAS untuk terus menyokong demi PUTRAJAYA dan dendam kesumat pada sesama ISLAM . tahniah SI MINAT SENGET AMBIGA, kau berjaya londehkan PAS sebenarnya.

apapun yang berlaku C4 tetap dengan pendirian bahawa LGBT harus ditentang, oleh itu sebelum ianya menjadi nbarah jom kita sama-sama ubati dan selamatkan MALAYSIA dari minat LGBT dengan menolak Pakatan Rakyat demi kemakmuran anak cucu masa depan. PAKATAN RAKYAT perlu ditolak...

Tuesday 9 April 2013

ADIK WANIEY MENGANAS LAGI


Entah ajaran siapa atau ikutan mana. Adik Waniey kini mengganas lagi dengan keceluparan dan kebodohan yang beliau sendiri buat. Mungkin sudah bosan dengan cacian dan makian kepada Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur, adik kita sorang ni beralih angin ke luar negara iaitu Indonesia. 

  

Apa yang mengejutkan C4 ialah keberanian membuta tuli beliau yang tidak pernah reti duduk diam. Ia bakal mengundang satu natijah yang cukup besar sekiranya isu ini dijadikan suatu topik yang hangat. Konfrantasi INDONESIA dan MALAYSIA memang tidak dinafikan lagi. Sejarah membuktikan bagaimana Indonesia pernah melancarkan GANYANG MALAYSIA semasa pembentukan MALAYSIA dahulu dan kali kedua semasa pelanggaran kapal perang Tentera Laut DiRaja Malaysia dengan kapal perang Indonesia di Laut Sulawesi. Malah banyak kali INDONESIA melancarkan provokasi terhadap Malaysia namun berjaya ditangkis dengan cara yang berhemah dan baik oleh Malaysia (diam tidak bererti takut). 

Kali ini isu ACHEH yang sedang menuntut satu kerajaan baru dan penggunaan bendera baru telah dijadikan satu sentimen kebencian oleh Adik Waniey kita sorang ni dengan perasaaan yang amat prejudis dan suka menjaga tepi kain orang lain. Hasil dari tindakan bodoh beliau C4 melihat banyak komen-komen yang kurang manis dan membangkitkan sentimen kebencian yang meluap-meluap warga INDONESIA terhadap beliau dan kesannya adalah kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Manalah letakknya kepala otak budak ni dalam menzahirkan apa yang ingin dikongsikannya. Tak salah untuk meluahkan isi hati tapi biarlah berhemah dan tertib budi bahasanya. Umur baru setahun jagung belajar pun belum habis tapi kritikan dan pandangan seolah-olah dunia ini beliau yang punya.

C4 ingin menasihati Adik Waniey, cuti semester ini sepatutnya dihabiskan masa bersama keluarga tersayang beriadah ataupun melakukan apa sahaja bagi mereka yang cerdik dan yang mempunyai didikan kasih sayang keluarga dan ibu bapa. Fokuslah kepada pembelajaran supaya pointer semester ini dapat naik berbanding 2.6 semester lepas. 

Sepanjang C4 mengenali beliau pun ramai juga kalangan kawan-kawannya yang sudah mulai menjauhi adik waniey ini. Malah bila ditanya kawan-kawan terdekatnya, bukan mereka tidak mahu berkawan tapi rasa takut dan segan pada orang sekeliling yang mengenali Adik Waniey apatah lagi bagi yang sering membaca isu-isu atau lontaran buah fikirannya yang C4 rasa macam sampah. Pernah C4 terserempak dengan beliau dan dari riak wajahnya memang beliau seringkali kelihatan takut-takut. Dan C4 yakin kalau belie terbaca luahan C4 ini maka berbagai perkataan yang manis akan dihamburkan di Fbnya yang kononnya itulah hak asasi dan hak bersuara beliau. 

Kepada Adik Waniey berhati-hatilah dalam penulisan anda, jangan kerana mulut badan binasa, jangan kerana kebodohan dan kurang semangat patriotik kamu itu bakal membinasakan ramai lagi rakyat yang cintakan keamanan. C4 akan sentiasa memerhatikan perkembangan Adik Waniey ni. InsyaAllah. 

KEMEHAWAN PMI USM


Sejak akhir-akhir ini C4 melihat bahawa persatuan PMI USM semakin aktif menjalankan pelbagai aktiviti. Baguslah sekiranya mereka mula aktif dan sering  mengadakan program dalam kampus khususnya program-program keagamaan.  C4 amat memujinya. Tahniah kepada kepimpinan YDP Saudara Aiman.


Namun demikian melalui program-program yang C4 ikuti iaitu semasa sesi bersama bekas penari kebudayaan USM, Diana Amir dan juga yang terkini Karnival Mahabah (di perkarangan masjid), C4 tertanya-tanya untuk apakah kami sebagai pengunjung atau peserta dikehendaki membuat pendaftaran? Semua maklumat seperti nama penuh, No. IC, nombor telefon dan sebagainya diambil.



Timbul persoalan. Dalam banyak- banyak program yang C4 join tak pula memerlukan pendaftaran sebegini. Apakah yang cuba dibuat dengan nama dan segala bagai maklumat tersebut? Hal ini menjadi kemusykilan kepada C4 sampai hari ini. Maklum sajalah, bukan C4 merungut tapi berasa pelik. Mungkinkah ia akan digunakan untuk tujuan yang baik atau untuk digunakan semasa PRU 13 nanti? Atau untuk PRK yang bakal datang? Kalau untuk PRU maka C4 tergolong dalam golongan yang rugi sebab tak daftar undi lagi. Tapi sekiranya untuk PRK maka C4 berasakan bahawa PMI kali ini betul-betul bersedia untuk menawan kampus!.

Kedua, C4 juga tertanya-tanya dari manakah datangnya dana yang banyak untuk menganjurkan pelbagai program yang boleh dikatakan hampir setiap minggu? Bukan apa, kalau boleh C4 pun nak belajar juga kaedah cari dana untuk persatuan yang C4 sertai. Setahu C4 bukan senang nak dapat dana atau penajaan ni, berpeluh jugalah. Untungnya mereka ni kan?

Friday 5 April 2013

EDISI BONGKAR!! SIAPA MMB DAN CAP AYAM??


Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB), adalah satu badan yang tidak  berdaftar baik di USM mahupun mana-mana pertubuhan yang sah. Ditubuhkan oleh mereka yang kecewa setelah kekalahan yang memalukan  semasa PRK 2012/13 yang lalu.
              
Pada mulanya diketuai oleh saudara Asward (Ubaidillah) dan beberapa lagi yang tidak diterima sebagai pemimpin mahasiswa termasuklah isterinya saudari Aifa.

Kini MMB mula membuat gabungan dengan kumpulan baru yang kebanyakkanya dipelopori oleh pelajar-pelajar master seperti Sara Ayuni (mantan MPP), Haris Zuan (bekas pelajar UKM dan kini berkerja dengan Lim Guan Eng. Serta seorang pelajar Sarjana Cina yang cukup dikenali dengan sikap suka menentang dan rasis iaitu Onn  Jing  Cheng.



Apa yang cuba C4 ungkapkan adalah sejak akhir-akhir ini kumpulan ini cuba membuat onar di dalam kampus bagi mencabar pihak universiti. Terkini adalah dengan mengadakan sesi forum bersama Adam Adli (Hero Malaya). Dikhabarkan bahawa program ini tidak mendapat sambutan dan berat sebelah. Mana tidaknya setiap soalan yang dilontarkan tidak dijawab malah diputar jauh dari topik soalan. Ini adalah antara sikap mereka yang tidak profesional yang kononnya memperjuangkan hak bersuara dan hak mahasiswa malah bercita-cita untuk menjadikan Malaysia negara demokrasi 100%. 



C4 berasakan bahawa USM ini ialah universiti yang cukup aman dan sentosa. Malah penghuninya begitu berilmu dan berdisplin. Namun keamanan ini mula digugat oleh segelintir pelajar yang dangkal dan kononnya mewakili mahasiswa. Pada pandangan C4 mereka ini tidaklah sampai 2 % dari seluruh mahasiswa USM. Justeru bagaimana mungkin mereka mengelarkan diri mereka sebagai mewakili mahasiswa? Mereka ini hanyalah segelintir pelajar yang menganut politik ketaksuban dan berfikiran sempit. Malah rakan-rakan mereka sendiri dalam saf kepimpinan PMI juga tidak sehaluan dan sering memulaukan program-program yang cuba dianjurkan oleh MMB seperti program yang berlangsung di Padang Kota baru-baru ini yang hanya dihadiri oleh 10 orang sahaja iaitu antaranya; Umi Shuhada, Iswandi, Asra, Aifa, Asward dan beberapa lagi yang C4 tak akan sebut.


Rakan-rakan sekalian, keamanan kampus harus disemai dan dijaga oleh mereka yang mempunyai jiwa penyayang dan bukannya perosak.