Pages

Sunday 3 November 2013

#PRKUSIM2013 Antara Label dan Kuasa

Kemenangan kumpulan Pro-Universiti di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam pilihan raya kampusnya baru-baru ini, ibarat menang tak disorak, kalah tak diendah.

Semakin hari, bangkai yang cuba ditutup oleh pihak universiti semakin tidak tertutup. Pihak universiti seakan-akan cuba menyembunyikan kebenaran dengan gebar cantik lagi empuk dan selesa supaya seluruh rumah kekal wangi, namun sayang seribu kali sayang, busuk hanyirnya lebih power mengatasi keenakan yang dicipta-cipta.  

Sama ada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan II tahu ataupun tidak, kumpulan Pro-Universiti yang kononnya menang itu sebenarnya ialah kumpulan manahsiswa Pro-Anwarisme, Pro-Pakatan Rakyat dan segala pro lagi yang menjurus kepada pembangkang.

Jika selama ini, apabila disebut Kumpulan Pro-Universiti atau menyokong universiti, maka gambaran yang wujud di minda setiap orang ialah kumpulan tersebut menyokong aspirasi universiti, menyokong pentadbiran universiti yang dipilih oleh pihak kerajaan. Namun kali ini, di USIM, lain jadinya. Pro-Universiti di USIM ialah propembangkang!

Adakah USIM sudah ditawan oleh pihak pembangkang? Atau lebih tepat, adakah pentadbiran universiti tersebut terutamanya bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumninya, sudah jadi pentadbiran yang Pro-Anwarisme?

Media perlu berhenti menggunakan label Pro-Universiti kepada kumpulan mahasiswa yang berjaya membentuk Majlis Perwakilan Pelajar di USIM. Labelkan sahaja mereka sebagai kumpulan mahasiswa propembangkang, dan USIM pula sebagai universiti pembangkang.

Cerita lebih panas, klik SINI.


No comments:

Post a Comment