Pages

Tuesday, 29 October 2013

BAWANI, SOSIALIS DAN MAHASISWA

Tahniah C4 ucapkan kepada Bawani KS, pempopular Listen Listen Listen kerana menang kerusi umum di UUM.

Dan berbakul-bakul tahniah kepada para siswa siswi UUM sebab pilih aktivisi sosialis ni jadi pemimpin kalian. 

Bawani memang terkenal selepas video Listen Listen Listen dimuatnaik oleh individu bangang dari sebuah unit media yang popular dan pro kepada UMNO. Kiranya, orang UMNO sendiri jugalah yang bantu naikkan minah ni.

Bagi yang tak tahu, meh C4 nak bagitahu. Bawani ni ialah aktivis dan ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang cukup aktif memperjuangkan idea-idea sosialisme dalam kalangan mahasiswa.

Di USM juga sudah ada cubaan membawa masuk pengaruh Bawani oleh kumpulan Pro-M. Baru-baru ni, Bawani telah dijemput oleh MPP kita sendiri, Saudara Firdaus Rahim untuk berucap kepada mahasiswa mahasiswi USM. Pun malangnya, tak ramai yang turun. Syukurklah budak-budak USM masih waras dan cerdik. Alhamdulillah.. 

So lepas ni, lepas dah dapat platform yang sah, C4 jangkakan Bawani akan lebih lantang bersuara. Kita tengoklah nanti dia ni boleh buat kerja ke tak. Sama jugak dengan si Firdaus Rahim tu. Bising bukan main lagi tapi buat kerja belum tentu. Betul tak? 

Wednesday, 16 October 2013

LIBERALISME DALAM PRO-MAHASISWA??

Ini antara kenyataan yang dikemaskini oleh para pemimpin dan aktivis pembangkang selepas isu kalimah Allah dimuktamadkan oleh Mahkamah Rayuan dua hari lepas.

Siapa perempuan ni? Kalau tanya mahasiswa mungkin tak ramai yang kenal. Tapi bagi mereka yang rapat dan selalu bersama perempuan ni, atau sekurang-kurangnya sealiran seperjuangan dengannya, pasti kenal siapa Latheefa Koya.

Ini perempuan selalu bikin kontroversi. Berfahaman liberal tegar dan menjadi peguam pro-Pakatan Rakyat paling lantang bercakap tentang kebebasan hak asasi manusia. Berada dalam saf pejuang-pejuang COMANGO laknatulllah. Dalam isu kalimah Allah, perempuan ni menganggap hakim-hakim yang membuat keputusan melarang Kristian Katolik daripada menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada God dalam akhbar Herald sebagai bodoh. Siapa yang bodoh sebenarnya?

Tadi C4 ade sebut, bagi mereka yang rapat dan selalu bersama perempuan ni pasti kenal siapa dia. Korang agak siapa mereka yang C4 maksudkan tu? Mereka tu bukan orang lain pun. Mereka ialah Pro-M!!!! 

Latheefa Koya ialah salah seorang aktivis yang sering berada di hadapan dalam isu-isu mahasiswa yang dibawa oleh Pro-M termasuk dalam kes-kes membabitkan figura-figura Pro-M seperti Adam Adli dan Khalid Ismath. Perempuan inilah yang selalu membela mereka di mahkamah. Malah perempuan ini jugalah yang selalu bersama Pro-M setiap kali mereka mengadakan demonstrasi jalanan.

Adakah di USM juga wujud anasir gerakan atau pengaruh yang dibawa oleh perempuan ini dan kumpulan-kumpulan NGO yang ditunjanginya?

Latheefa Koya ni untuk makluman rakan-rakan C4 merupakan tulang belakang dalam gerakan sebuah NGO hak asasi manusia haram iaitu SUARAM. Di USM, SUARAM masuk melalui Pro-M melalui pertubuhan tidak berdaftar seperti kumpulan CAP AYAM dan Majlis Mahasiswa Bertindak serta rakan-rakan gabungan yang lain dalam Pro-M sama ada secara langsung ataupun tidak.


Tak cukup jelas lagi? 

BABI MASUK SYURGA?

Kadang-kadang seronok jugak kan layan kisah artis Malaysia ni. Macam Kak Abby Abadi ni. Dulu mungkin jahil. Kemudian dia dah insaf, masuk PAS. Tapi rupanya makin jahil.. 


Monday, 14 October 2013

YDP PMI USM WAJIB TEGUR PENYOKONG PRO-M INI!!

“Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan Herald.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kerajaan”
Demikian petikan SMS yang C4 terima sebentar tadi. Tak tahu nak cakap macam mana. C4 bersyukur sangat-sangat dengan keputusan paling tepat ini. C4 harap semua orang, semua pihak, siapa-siapa pun waima orang politik, budak sekolah, orang kampong, apatah lagi budak-budak U macam C4 ni boleh terima keputusan penting ini. Jangan dok banyak takwil itu ini lagi dah.

Pun begitu, dalam kita dok kalut pertahankan kalimah Allah ini daripada digunakan oleh orang bukan Islam secara salah, hari ni C4 terbaca satu status FB yang sungguh tak patut berlaku. Salah seorang penyokong kuat Pro-M (C4 syak dia ni juga salah seorang penggerak Pro-M di Kampus Kesihatan) menulis status yang memetik terjemahan daripada Bible versi yang dibahasa-Melayukan. Lihat screenshot di bawah :



Student yang bernama Francis Freedy ini jugalah yang bertanggungjawab menghasilkan poster Pro-M 2013 seperti yang diakui olehnya sendiri di akaun FB miliknya.




C4 tertanya-tanya, di mana suara PMI dalam hal ini? Adakah PMI redha penyokong Pro-M yang bersekutu dengan PMI sendiri menentang Aspirasi menyalahgunakan kalimah suci Allah SWT? Ini bukan lagi pandangan peribadi. Ini menyentuh soal akidah dan hak Allah SWT.


Mari tonton video di bawah ini kalau PMI masih tak faham kenapa kalimah Allah hanya ekslusif untuk Islam. 




Harap Shukran YDP PMI berani bersuara kali ini. 

Thursday, 10 October 2013

Sabarlah.. Jangan Melatah Sangat

Hari ni C4 tak nak tulis serius sangat. Santai-santai sudah. Ada kawan-kawan pesan kat C4 jangan ambush hari-hari. Takut ada yang panas punggung dalam dewan kuliah.

Untuk makluman pihak-pihak tertentu khususnya dari blok mahasiswa propembangkang atau lebih sinonim dengan nama Pro-M, blog C4 ialah blog peribadi C4 sendiri sebagai mahasiswa di Bumi Minden tercinta ini. C4 tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan apatah lagi Aspirasi USM. C4 tidak berjuang untuk Aspirasi USM tetapi C4 menyokong kumpulan ini kerana ia berkongsi musuh yang sama dengan C4. Selebihnya C4 berlepas diri daripada mereka. Mereka dengan cara mereka dan C4 dengan cara C4.

Kenapa C4 berblogging? Mudah. Sebab C4 perlu melakukan sesuatu bagi melawan kerja jahat yang sedang dilakukan oleh kumpulan Pro-M ini. Mahasiswa-mahasiswi USM perlu sedar, kumpulan ini menyembunyikan terlalu banyak muslihat, terlalu banyak agenda dan terlalu banyak komplot dengan pihak-pihak tertentu di luar pagar kampus. Semuanya dilakukan atas nama mahasiswa.

Jangan sesekali kita ingat Pro-M itu bersih dan suci. Kalau diperhatikan, saban tahun setiap kali menjelang PRK, Pro-M di mana-mana kampus pun akan memainkan isu yang sama. Politik bebas, pilihan raya kampus bebas, bebas itu bebas ini. Tapi adakah Pro-M itu sendiri bebas? Jangan mimpi!!

Pro-M lahir sebagai wadah perjuangan mahasiswa antiestablishment dan anti pentadbiran universiti. Di mana-mana kampus mereka membawa wadah yang sama. Dari aliran inilah juga berlaku proses kaderisasi oleh pihak pembangkang untuk membentuk penyokong dan pemimpin mereka. Rantaian ini sentiasa berlaku, dan sudah tentulah ada gives and takes antara kedua-dua belah pihak.

Kita mungkin tidak diberitahu tentang perkara ini tapi sebagai mahasiswa yang cakna dan mempunyai kawan yang ramai serta aktif dalam Pro-M termasuk Cap Ayam sendiri, C4 tahu hubungan tersebut berlaku dalam suasana yang cukup ‘sihat’ dan kondusif. Kalau korang nak tahu, Pro-M di USM ketika ini ditaja secara langsung oleh sebuah NGO haram Pro-Pakatan Rakyat dan disokong penuh oleh salah seorang Timbalan Ketua Menteri Kerajaan DAP Pulau Pinang. Siapa? Nanti kita dedahkan. Siap taja rumah atas tanah sebagai markas!

C4 tak fikir Pro-M mampu menangkis semua ini apatah lagi C4 mempunyai segala bukti yang boleh didedahkan pada bila-bila masa.


Sekian dulu buat masa ini. C4 nak ke kelas. Nak jumpa Firdaus Rahim sembang-sembang pasal perancangan Pro-M pula kejap lagi. Oh ya, kepada admin Aspirasi USM, tak payahlah nak menumpang saham dari blog C4 ini. Cari bahan sendiri kalau nak buat isu. Ok? Adioss!!


#gelagatpromahasiswa KALAU DAH BEGINI....

Petang ni ada kelas tak? Kalau free, jom kita layan video di bawah ni kejap.. Hehe.. C4 tergelak tengok aksi mahasiswa mahasiswi UM ni. Mereka pun dari blok Pro-M juga. Bertudung labuh bagai, kopiah putih bagai..tapi....lihat dan nilaikanlah sendiri. Macam ni ke Islam ajar untuk dapatkan kuasa dunia? 

Wednesday, 9 October 2013

SARANG PRO-M BAKAL DI-AMBUSH

Apa event paling ditunggu-tunggu dalam masa terdekat ini? C4 yakin macam-macam jawapan akan diberikan. Maklumlah, kat USM ni kaya dengan program. Boleh dikatakan hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dalam satu-satu semester akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kecil dan besar.

Tapi di sini C4 nak kongsi rasa keterujaan tentang satu program bertafar lima bintang yang amat dinantikan oleh politikus-politikus kampus kita. Dalam masa tak lama lagi dah ni, kita akan merayakan sesi pemilihan siswa sebagai perwakilan untuk kita semua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Dalam istilah politiknya, disebut sebagai PRK atau pilihan raya kampus.

Dalam menghadapi pemilihan kali ini, C4 tengok kumpulan mahasiswa pro-pembangkang (Pro-M) lebih agresif menyusun gerakan. Lebih menarik, berdasarkan risikan yang dibuat, Pro-M kini menggunakan sekurang-kurangnya dua markas atau bilik gerakan di dalam dan di luar kampus dengan salah satu daripadanya ditaja secara langsung oleh KOMTAR.


Rahsia yang tidak lagi menjadi rahsia, itulah kesimpulan C4 dalam hal ini. Nantikan pendedahan lanjut berserta bukti selepas ini.

Friday, 4 October 2013

CUBAAN FITNAH NAIB CANSELOR USM GAGAL, PRO-M DITERTAWAKAN

Kah Kah Kah Kah Kah..
Kah Kah Kah Kah Kah..
Kah Kah kah Kah Kah..lagi..

Maafkan C4 sebab memulakan entri ini dengan gelak ketawa dahulu. Memang C4 tak tahan nak gelak sejak pagi tadi. Ada hamba Allah ni, kafir harbi spesisnya, up status yang sangat melucukan. Jadi tak kan C4 nak  tahan diri daripada ketawa kan? Hahaha..

Nak tau apa status si kafir harbi ni up di wall FBnya? Meh tengok bawah ni. Mohon gelak kalau kalian faham kelucuan yang cuba disampaikan oleh si kafir harbi ni ye.. Kah Kah Kah Kah



Nah! Tak ke lucu tu?? Hahaha... Seng Hean ohh Seng Hean. Ingatkan lu ni cerdik, jenis study isu punya orang. Tapi rupanya lu sama level macam macai-macai Pakatan Rakyat kat luar sana. Suka-suki buat spekulasi sendiri, dengan penuh keyakinan pula tu..Hahahaha.. Kasihanlah ini olang!! 

C4 kenal kafir harbi ni dah lama. Sejak dia aktif dalam politik kampus di USM bersama Pro-Mahasiswa dan kini dia jadi aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) pula, dia memang kuat kelentong dan putar belit punya olang. 

Sebab tu dia tak rasa bersalah keluarkan kenyataan kononnya VC USM, Prof Dato' Omar bin Osman perkenalkan sistem e-undi atau e-voting dalam PRK tahun ni. Faktanya, bukan e-undi tapi hanya e-counting atau pengiraan secara elektronik. Do your research la macai sebelum main serbu je. 

Untuk makluman kawan-kawan C4 yang disayangi, e-voting dan e-counting adalah dua perkara yg sama sekali berbeza. USM tidak pernah berhasrat menggunakan sistem e-undi atas pelbagai faktor terutamanya membabitkan isu teknikal. Namun, untuk PRK kali ini, pihak pentadbiran dikhabarkan cuba melaksanakan pembaharuan terhadap sistem pengiraan. Sebelum ini sistem yang digunakan ialah sistem manual yang melibatkan man power, masa dan kos yang tinggi. Setiap kali sesi pengiraan dijalankan pasti akan memakan masa yang sangat lama hingga berlarutan ke awal pagi. 

Justeru dengan pengenalan sistem pengiraan elektronik ini, sekurang-kurangnya ia akan menjimatkan masa dan keputusan dapat ditentukan lebih awal. Bukankah ia akan membantu kita semua? 

Apa pun tahniah la Seng Hean atas cubaan memutarbelit fakta ini. Tahniah kerana cuba memfitnah VC USM dan USM sendiri amnya. Ternyata anda gagal..

Kah Kah Kah
Kah Kah Kah
Kah Kah kah