Ini antara kenyataan yang dikemaskini oleh para pemimpin dan aktivis pembangkang selepas isu kalimah Allah dimuktamadkan oleh Mahkamah Rayuan dua hari lepas.
Siapa perempuan ni? Kalau tanya mahasiswa mungkin tak ramai yang kenal. Tapi bagi mereka yang rapat dan selalu bersama perempuan ni, atau sekurang-kurangnya sealiran seperjuangan dengannya, pasti kenal siapa Latheefa Koya.
Ini perempuan selalu bikin kontroversi. Berfahaman liberal tegar dan menjadi peguam pro-Pakatan Rakyat paling lantang bercakap tentang kebebasan hak asasi manusia. Berada dalam saf pejuang-pejuang COMANGO laknatulllah. Dalam isu kalimah Allah, perempuan ni menganggap hakim-hakim yang membuat keputusan melarang Kristian Katolik daripada menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan kepada God dalam akhbar Herald sebagai bodoh. Siapa yang bodoh sebenarnya?
Tadi C4 ade sebut, bagi mereka yang rapat dan selalu bersama perempuan ni pasti kenal siapa dia. Korang agak siapa mereka yang C4 maksudkan tu? Mereka tu bukan orang lain pun. Mereka ialah Pro-M!!!!
Latheefa Koya ialah salah seorang aktivis yang sering berada di hadapan dalam isu-isu mahasiswa yang dibawa oleh Pro-M termasuk dalam kes-kes membabitkan figura-figura Pro-M seperti Adam Adli dan Khalid Ismath. Perempuan inilah yang selalu membela mereka di mahkamah. Malah perempuan ini jugalah yang selalu bersama Pro-M setiap kali mereka mengadakan demonstrasi jalanan.
Adakah di USM juga wujud anasir gerakan atau pengaruh yang dibawa oleh perempuan ini dan kumpulan-kumpulan NGO yang ditunjanginya?
Latheefa Koya ni untuk makluman rakan-rakan C4 merupakan tulang belakang dalam gerakan sebuah NGO hak asasi manusia haram iaitu SUARAM. Di USM, SUARAM masuk melalui Pro-M melalui pertubuhan tidak berdaftar seperti kumpulan CAP AYAM dan Majlis Mahasiswa Bertindak serta rakan-rakan gabungan yang lain dalam Pro-M sama ada secara langsung ataupun tidak.
Tak cukup jelas lagi?
No comments:
Post a Comment