Pages

Monday 14 October 2013

YDP PMI USM WAJIB TEGUR PENYOKONG PRO-M INI!!

“Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan kalimah Allah tidak boleh digunakan dalam majalah mingguan Herald.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian selepas membenarkan rayuan kerajaan”
Demikian petikan SMS yang C4 terima sebentar tadi. Tak tahu nak cakap macam mana. C4 bersyukur sangat-sangat dengan keputusan paling tepat ini. C4 harap semua orang, semua pihak, siapa-siapa pun waima orang politik, budak sekolah, orang kampong, apatah lagi budak-budak U macam C4 ni boleh terima keputusan penting ini. Jangan dok banyak takwil itu ini lagi dah.

Pun begitu, dalam kita dok kalut pertahankan kalimah Allah ini daripada digunakan oleh orang bukan Islam secara salah, hari ni C4 terbaca satu status FB yang sungguh tak patut berlaku. Salah seorang penyokong kuat Pro-M (C4 syak dia ni juga salah seorang penggerak Pro-M di Kampus Kesihatan) menulis status yang memetik terjemahan daripada Bible versi yang dibahasa-Melayukan. Lihat screenshot di bawah :



Student yang bernama Francis Freedy ini jugalah yang bertanggungjawab menghasilkan poster Pro-M 2013 seperti yang diakui olehnya sendiri di akaun FB miliknya.




C4 tertanya-tanya, di mana suara PMI dalam hal ini? Adakah PMI redha penyokong Pro-M yang bersekutu dengan PMI sendiri menentang Aspirasi menyalahgunakan kalimah suci Allah SWT? Ini bukan lagi pandangan peribadi. Ini menyentuh soal akidah dan hak Allah SWT.


Mari tonton video di bawah ini kalau PMI masih tak faham kenapa kalimah Allah hanya ekslusif untuk Islam. 




Harap Shukran YDP PMI berani bersuara kali ini. 

No comments:

Post a Comment