Pages

Wednesday 9 October 2013

SARANG PRO-M BAKAL DI-AMBUSH

Apa event paling ditunggu-tunggu dalam masa terdekat ini? C4 yakin macam-macam jawapan akan diberikan. Maklumlah, kat USM ni kaya dengan program. Boleh dikatakan hampir setiap hari, setiap minggu, setiap bulan dalam satu-satu semester akan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti kecil dan besar.

Tapi di sini C4 nak kongsi rasa keterujaan tentang satu program bertafar lima bintang yang amat dinantikan oleh politikus-politikus kampus kita. Dalam masa tak lama lagi dah ni, kita akan merayakan sesi pemilihan siswa sebagai perwakilan untuk kita semua dalam MPP (Majlis Perwakilan Pelajar). Dalam istilah politiknya, disebut sebagai PRK atau pilihan raya kampus.

Dalam menghadapi pemilihan kali ini, C4 tengok kumpulan mahasiswa pro-pembangkang (Pro-M) lebih agresif menyusun gerakan. Lebih menarik, berdasarkan risikan yang dibuat, Pro-M kini menggunakan sekurang-kurangnya dua markas atau bilik gerakan di dalam dan di luar kampus dengan salah satu daripadanya ditaja secara langsung oleh KOMTAR.


Rahsia yang tidak lagi menjadi rahsia, itulah kesimpulan C4 dalam hal ini. Nantikan pendedahan lanjut berserta bukti selepas ini.

No comments:

Post a Comment