Hari ni C4 tak nak tulis serius
sangat. Santai-santai sudah. Ada kawan-kawan pesan kat C4 jangan ambush
hari-hari. Takut ada yang panas punggung dalam dewan kuliah.
Untuk makluman pihak-pihak
tertentu khususnya dari blok mahasiswa propembangkang atau lebih sinonim dengan
nama Pro-M, blog C4 ialah blog peribadi C4 sendiri sebagai mahasiswa di Bumi
Minden tercinta ini. C4 tidak mahu dikaitkan dengan mana-mana kumpulan apatah
lagi Aspirasi USM. C4 tidak berjuang untuk Aspirasi USM tetapi C4 menyokong
kumpulan ini kerana ia berkongsi musuh yang sama dengan C4. Selebihnya C4
berlepas diri daripada mereka. Mereka dengan cara mereka dan C4 dengan cara C4.
Kenapa C4 berblogging? Mudah.
Sebab C4 perlu melakukan sesuatu bagi melawan kerja jahat yang sedang dilakukan
oleh kumpulan Pro-M ini. Mahasiswa-mahasiswi USM perlu sedar, kumpulan ini
menyembunyikan terlalu banyak muslihat, terlalu banyak agenda dan terlalu
banyak komplot dengan pihak-pihak tertentu di luar pagar kampus. Semuanya
dilakukan atas nama mahasiswa.
Jangan sesekali kita ingat Pro-M
itu bersih dan suci. Kalau diperhatikan, saban tahun setiap kali menjelang PRK,
Pro-M di mana-mana kampus pun akan memainkan isu yang sama. Politik bebas,
pilihan raya kampus bebas, bebas itu bebas ini. Tapi adakah Pro-M itu sendiri
bebas? Jangan mimpi!!
Pro-M lahir sebagai wadah
perjuangan mahasiswa antiestablishment
dan anti pentadbiran universiti. Di mana-mana kampus mereka membawa wadah yang
sama. Dari aliran inilah juga berlaku proses kaderisasi oleh pihak pembangkang
untuk membentuk penyokong dan pemimpin mereka. Rantaian ini sentiasa berlaku,
dan sudah tentulah ada gives and takes
antara kedua-dua belah pihak.
Kita mungkin tidak diberitahu
tentang perkara ini tapi sebagai mahasiswa yang cakna dan mempunyai kawan yang
ramai serta aktif dalam Pro-M termasuk Cap Ayam sendiri, C4 tahu hubungan
tersebut berlaku dalam suasana yang cukup ‘sihat’ dan kondusif. Kalau korang
nak tahu, Pro-M di USM ketika ini ditaja secara langsung oleh sebuah NGO haram
Pro-Pakatan Rakyat dan disokong penuh oleh salah seorang Timbalan Ketua Menteri
Kerajaan DAP Pulau Pinang. Siapa? Nanti kita dedahkan. Siap taja rumah atas
tanah sebagai markas!
C4 tak fikir Pro-M mampu
menangkis semua ini apatah lagi C4 mempunyai segala bukti yang boleh didedahkan
pada bila-bila masa.
Sekian dulu buat masa ini. C4 nak
ke kelas. Nak jumpa Firdaus Rahim sembang-sembang pasal perancangan Pro-M pula
kejap lagi. Oh ya, kepada admin Aspirasi USM, tak payahlah nak menumpang saham
dari blog C4 ini. Cari bahan sendiri kalau nak buat isu. Ok? Adioss!!
No comments:
Post a Comment