Sejak
akhir-akhir ini C4 melihat bahawa persatuan PMI USM semakin aktif menjalankan pelbagai
aktiviti. Baguslah sekiranya mereka mula aktif dan sering mengadakan program dalam kampus khususnya program-program
keagamaan. C4 amat memujinya. Tahniah
kepada kepimpinan YDP Saudara Aiman.
Namun
demikian melalui program-program yang C4 ikuti iaitu semasa sesi bersama bekas
penari kebudayaan USM, Diana Amir dan juga yang terkini Karnival Mahabah (di
perkarangan masjid), C4 tertanya-tanya untuk apakah kami sebagai pengunjung atau
peserta dikehendaki membuat pendaftaran? Semua maklumat seperti nama penuh, No.
IC, nombor telefon dan sebagainya diambil.
Timbul
persoalan. Dalam banyak- banyak program yang C4 join tak pula memerlukan
pendaftaran sebegini. Apakah yang cuba dibuat dengan nama dan segala bagai
maklumat tersebut? Hal ini menjadi kemusykilan kepada C4 sampai hari ini.
Maklum sajalah, bukan C4 merungut tapi berasa pelik. Mungkinkah ia akan digunakan
untuk tujuan yang baik atau untuk digunakan semasa PRU 13 nanti? Atau untuk PRK
yang bakal datang? Kalau untuk PRU maka C4 tergolong dalam golongan yang rugi
sebab tak daftar undi lagi. Tapi sekiranya untuk PRK maka C4 berasakan bahawa
PMI kali ini betul-betul bersedia untuk menawan kampus!.
Kedua, C4
juga tertanya-tanya dari manakah datangnya dana yang banyak untuk menganjurkan
pelbagai program yang boleh dikatakan hampir setiap minggu? Bukan apa, kalau
boleh C4 pun nak belajar juga kaedah cari dana untuk persatuan yang C4 sertai.
Setahu C4 bukan senang nak dapat dana atau penajaan ni, berpeluh jugalah.
Untungnya mereka ni kan?
aku p program suksis pon kena bagi nama,no ic,no matrik..program desasiswa pon sama jgk.
ReplyDeletewat de prob??utk mycsd ja pon...
bersangka baik wahai saudara C4.. jgn ada prasangka buruk terhadap saudara sndiri. Nasihat ini utk elakkan drpd timbul fitnah orang ramai terhadap PMI.
ReplyDeletepernah wat program x?? pernah g HEP daftar mycsd utk peserta x??
ReplyDelete-asslmkm ,nama ,no matrik ic tu untuk isi mycsd,klu tanya pengarah projek apa prog pun klu nk beri mycsd ke peserta itu maklumat yg perlu diisi peserta,kehendak hep
ReplyDelete-Dana yg besar iA dr usaha yg besar ahli2 persatuan seperti membuat jualan dan mencari penajaan iA dr jalan yg syaro'-ini ats pengalamn sendiri dan juga rakan lain yg pernah menjalankan projek di usm.
-husnodzonlah Maksud Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam, kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat -quote dr page ini :~http://www.iium.edu.my/kkk/pdf_tazkirah/Fadhilat%20berbaik%20sangka.pdf
-jika ingin kesahihan mengenai dana bertanya teruslah ke ydp atau pengarah projek tersebut atau Hep terus iA akan dpt pencerahan yg sewajarnya.jgn diutarakan kesangsian yg mungkin membawa usul fitnah dan prasangka buruk dr org lain juga tanpa usul periksa terlebih dahulu .waallahuallam
salam.. asking is not wrong, and neither is questioning.. but slandering is.. and be sure to not look stupid with ur accusations cause if u r a Muslim, u should know that Islam never ask u to do something stupid.. i'm just being rationale, not emotional.. let us all look for the truth.. peace!!
ReplyDelete