Salah seorang Ikon 1Malaysia, Aznil Haji Nawawi yang juga Pengacara Nombor 1 negara hari ini sempat singgah di USM ketika beliau dalam siri Jelajah IM4U ke seluruh negara. C4 yang kebetulan berada di USM atas urusan kerja, turut tidak lepaskan peluang bertemu dengan idola C4 ini. Jom tengok gambar-gambar Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bersama para peminatnya di USM.
Sekarang ni budak-budak USM juga sedang buat Karnival Sukarelawan 2013. Meriah sungguh, bertambah meriah tadi dengan kunjungan Pak Nil. Beruntung betul mereka. Dulu susah nak dapat peluang macam ni. Syukurlah negara kita aman damai dan rakyatnya bebas bergerak ke mana-mana sahaja yang diingi tanpa perlu bimbang akan keselamatan diri. Bebas buat program siang malam, di mana-mana sahaja. Nak apa lagi?
No comments:
Post a Comment