C4 tertarik dengan situasi
muktahir yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Mingguan Malaysia, edisi 14
April 2013, menyiarkan rayuan penuh sayu lagi pilu yang dibuat oleh Pengerusi
DAP, si tua OKU Karpal Singh supaya parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat
mengelakkan pertandingan tiga penjuru.
Pakatan Rakyat ni, kalau boleh
diibaratkan, dah macam sebuah kapal dengan tiga nakhoda berlainan. Masih ingat
gelagat Jack Sparrow, Kapten Barbosa dan Flying Dutchman dalam francais filem
Pirates of The Carribean? C4 sebenarnya tersenyum bila baca rayuan Pengerusi
DAP itu sebab kisahnya tak jauh beza dengan perebutan kuasa dalam kapal Black
Pearl membabitkan ketiga-tiga ketua lanun dalam filem tersebut.
Masing-masing ada gaya sendiri. Masing-masing
nak berkuasa. Kapten Barbosa misalnya, C4 ibaratkan sebagai Hadi Awang, seorang
ketua lanun yang bijak dan pandai menyusun strategi tetapi selalu juga ditipu
atau dikenakan oleh Jack Sparrow. Dalam kalangan mereka, yang paling nakal dan
licik tentulah Kapten Jack Sparrow (Anwar Ibrahim). Namun, yang paling digeruni
dan dihormati sebenarnya ialah Flying Dutchman. Siapa watak ini? Siapa lagi
kalau bukan Karpal Singh.
PAS masih lagi tak boleh tinggal
imej Islamnya. Kalau tinggal terus (walaupun sekarang ni dah nampak sedikit
demi sedikit dibuang), maka mengamuklah akar umbi. Jadi nak tak nak, pemimpin
utama PAS perlu bercakap tentang agenda Islamnya. PKR pula, masih tegar dengan
hasrat melunaskan dendam serta cita-cita peribadi Anwar Ibrahim untuk menjadi
Perdana Menteri. Manakala DAP pula, macam biasalah, penuh dengan agenda
Malaysian Malaysia yang sebenarnya mahu menguntungkan satu bangsa sahaja.
C4 percaya, atas percaturan
masing-masing ini berlakunya perebutan kerusi yang kian tenat dalam Pakatan
Rakyat ketika ini. Masing-masing tak percaya antara satu sama lain. PKR tak
percaya DAP dan PAS akan bantu mereka menguasai Seri Perdana, PAS pula tak
percaya PKR dan DAP akan ikut kehendak mereka melaksanakan pemerintahan Islam.
DAP? Langsung tak pernah percaya akan PAS dan PKR dalam segenap hal.
Ibarat Black Pearl. Ibarat Jack
Sparrow, Barbosa dan Dutchman. Kalau Jack ada kompas merengnya, hari ini Anwar
ada pengikut-pengikut yang lebih mereng daripada kompas mereng si Jack Sparrow.
Merengnya mereka ini hingga percaya bulat-bulata setiap apa yang diperkatakan
oleh Anwar. Hadi pula beruntung sebab ada pengikut yang taksub. Tapi yang pasti
Karpal Singh juga untung sebab dia ada pengikut yang cerdik dan pandai tikam
dalam gelap, dalam senyap.
No comments:
Post a Comment