Majlis Mahasiswa Bertindak (MMB), adalah satu badan
yang tidak berdaftar baik di USM mahupun mana-mana pertubuhan yang sah.
Ditubuhkan oleh mereka yang kecewa setelah kekalahan yang memalukan
semasa PRK 2012/13 yang lalu.
Pada mulanya diketuai oleh saudara Asward (Ubaidillah)
dan beberapa lagi yang tidak diterima sebagai pemimpin mahasiswa termasuklah
isterinya saudari Aifa.
Kini MMB mula membuat gabungan dengan kumpulan baru
yang kebanyakkanya dipelopori oleh pelajar-pelajar master seperti Sara Ayuni
(mantan MPP), Haris Zuan (bekas pelajar UKM dan kini berkerja dengan Lim Guan Eng.
Serta seorang pelajar Sarjana Cina yang cukup dikenali dengan sikap suka
menentang dan rasis iaitu Onn Jing
Cheng.
Apa yang cuba C4 ungkapkan adalah sejak akhir-akhir
ini kumpulan ini cuba membuat onar di dalam kampus bagi mencabar pihak
universiti. Terkini adalah dengan mengadakan sesi forum bersama Adam Adli (Hero
Malaya). Dikhabarkan bahawa program ini tidak mendapat sambutan dan berat
sebelah. Mana tidaknya setiap soalan yang dilontarkan tidak dijawab malah diputar
jauh dari topik soalan. Ini adalah antara sikap mereka yang tidak profesional yang
kononnya memperjuangkan hak bersuara dan hak mahasiswa malah bercita-cita untuk
menjadikan Malaysia negara demokrasi 100%.
C4 berasakan bahawa USM ini ialah universiti yang cukup
aman dan sentosa. Malah penghuninya begitu berilmu dan berdisplin. Namun
keamanan ini mula digugat oleh segelintir pelajar yang dangkal dan kononnya
mewakili mahasiswa. Pada pandangan C4 mereka ini tidaklah sampai 2 % dari
seluruh mahasiswa USM. Justeru bagaimana mungkin mereka mengelarkan diri mereka
sebagai mewakili mahasiswa? Mereka ini hanyalah segelintir pelajar yang
menganut politik ketaksuban dan berfikiran sempit. Malah rakan-rakan mereka
sendiri dalam saf kepimpinan PMI juga tidak sehaluan dan sering memulaukan
program-program yang cuba dianjurkan oleh MMB seperti program yang berlangsung
di Padang Kota baru-baru ini yang hanya dihadiri oleh 10 orang sahaja iaitu
antaranya; Umi Shuhada, Iswandi, Asra, Aifa, Asward dan beberapa lagi yang C4
tak akan sebut.
Rakan-rakan sekalian, keamanan kampus harus disemai
dan dijaga oleh mereka yang mempunyai jiwa penyayang dan bukannya perosak.
No comments:
Post a Comment