Pages

Tuesday, 9 April 2013

ADIK WANIEY MENGANAS LAGI


Entah ajaran siapa atau ikutan mana. Adik Waniey kini mengganas lagi dengan keceluparan dan kebodohan yang beliau sendiri buat. Mungkin sudah bosan dengan cacian dan makian kepada Dato Seri Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansur, adik kita sorang ni beralih angin ke luar negara iaitu Indonesia. 

  

Apa yang mengejutkan C4 ialah keberanian membuta tuli beliau yang tidak pernah reti duduk diam. Ia bakal mengundang satu natijah yang cukup besar sekiranya isu ini dijadikan suatu topik yang hangat. Konfrantasi INDONESIA dan MALAYSIA memang tidak dinafikan lagi. Sejarah membuktikan bagaimana Indonesia pernah melancarkan GANYANG MALAYSIA semasa pembentukan MALAYSIA dahulu dan kali kedua semasa pelanggaran kapal perang Tentera Laut DiRaja Malaysia dengan kapal perang Indonesia di Laut Sulawesi. Malah banyak kali INDONESIA melancarkan provokasi terhadap Malaysia namun berjaya ditangkis dengan cara yang berhemah dan baik oleh Malaysia (diam tidak bererti takut). 

Kali ini isu ACHEH yang sedang menuntut satu kerajaan baru dan penggunaan bendera baru telah dijadikan satu sentimen kebencian oleh Adik Waniey kita sorang ni dengan perasaaan yang amat prejudis dan suka menjaga tepi kain orang lain. Hasil dari tindakan bodoh beliau C4 melihat banyak komen-komen yang kurang manis dan membangkitkan sentimen kebencian yang meluap-meluap warga INDONESIA terhadap beliau dan kesannya adalah kepada rakyat Malaysia yang cintakan keamanan. Manalah letakknya kepala otak budak ni dalam menzahirkan apa yang ingin dikongsikannya. Tak salah untuk meluahkan isi hati tapi biarlah berhemah dan tertib budi bahasanya. Umur baru setahun jagung belajar pun belum habis tapi kritikan dan pandangan seolah-olah dunia ini beliau yang punya.

C4 ingin menasihati Adik Waniey, cuti semester ini sepatutnya dihabiskan masa bersama keluarga tersayang beriadah ataupun melakukan apa sahaja bagi mereka yang cerdik dan yang mempunyai didikan kasih sayang keluarga dan ibu bapa. Fokuslah kepada pembelajaran supaya pointer semester ini dapat naik berbanding 2.6 semester lepas. 

Sepanjang C4 mengenali beliau pun ramai juga kalangan kawan-kawannya yang sudah mulai menjauhi adik waniey ini. Malah bila ditanya kawan-kawan terdekatnya, bukan mereka tidak mahu berkawan tapi rasa takut dan segan pada orang sekeliling yang mengenali Adik Waniey apatah lagi bagi yang sering membaca isu-isu atau lontaran buah fikirannya yang C4 rasa macam sampah. Pernah C4 terserempak dengan beliau dan dari riak wajahnya memang beliau seringkali kelihatan takut-takut. Dan C4 yakin kalau belie terbaca luahan C4 ini maka berbagai perkataan yang manis akan dihamburkan di Fbnya yang kononnya itulah hak asasi dan hak bersuara beliau. 

Kepada Adik Waniey berhati-hatilah dalam penulisan anda, jangan kerana mulut badan binasa, jangan kerana kebodohan dan kurang semangat patriotik kamu itu bakal membinasakan ramai lagi rakyat yang cintakan keamanan. C4 akan sentiasa memerhatikan perkembangan Adik Waniey ni. InsyaAllah. 

No comments:

Post a Comment