Pages

Tuesday, 13 August 2013

GEMPAR!!! KHALID ISMATH MAHU BAWA SYIAH KE USM?

Semalam saja C4 dapat dua berita yang boleh menaikkan darah. Mendidih jadinya. Apa tidaknya, C4 dapat tahu, Khalid Ismath, kepala Syiah dalam kalangan mahasiswa Islam di Malaysia telah mengkritik Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) kononnya sudah tidak relevan.

Kenyataan mamat Syiah lahanat ni boleh dilihat dalam screenshot di bawah. Apa punya lahanat Syiah ni C4 pun tak tahulah. Apa dia tu bagus sangat ke Islamnya? Sudahlah akidah jauh terpesong, sekarang dia nak memandai-mandai ajar Persatuan Mahasiswa Islam pula?? Apa kelayakan dia ni?


Paling menaikkan darah, C4 dapat tahu yang dia sedang set-up gerakan sosialis dalam kalangan mahasiswa di Malaysia. Benda ni dah pun berlaku di kebanyakan kampus di Lembah Klang. Paling ketara, di UiTM sendiri, sebuah universiti bumiputera, dah ada gerakan sosialis yang berakarumbi dari fahaman songsang sosialisme dan komunisme.

C4 difahamkan gerakan sosialis ini bernabikan Hishamuddin Rais yang berkubu di Bangsar Utama. Kat USM ini pun dah ada gerakan sosialis kalau kalian nak tahu. Gerakan sosialis di USM sedang dibawa oleh kumpulan Cap Ayam dan Majlis Mahasiwa Bertindak (MMB) yang diketuai pelajar bernama Firdaus Rahim. Hati-hatilah dengan mereka ini.

Dan, berita kedua yang C4 dapat semalam cukup mengejutkan. Apa yang C4 takut selama ini akhirnya menjadi kenyataan. C4 dimaklumkan, Khalid Ismath kini akan menyambung pengajian di USM! Lihat bukti di bawah.





Walaupun hanya mengambil program Pengajian Jarak Jauh (PJJ), namun kedatangan Khalid Ismath ini pasti akan membawa bersama pengaruh Syiah dan sosialis yang tegar ke dalam kampus kita. C4 tak faham macam mana budak ni boleh lepas sedangkan dia masih lagi memegang status pelajar UiTM penuh masa mengambil jurusan syariah.

Pun yang pasti, Firdaus Rahim dan kumpulan Cap Ayam merupakan manusia paling gembira dengan kehadiran Khalid Ismath ini sebab mereka bakal berguru lebih mendalam dengan mamat ni khususnya menjelang Pilihan Raya Kampus (PRK) yang dijangkakan akan berlangsung pada bulan November nanti.

Dan yang pastinya juga nanti kita akan lihat gerakan sosialis semakin kukuh di USM, ditambah oleh pengaruh serta campur tangan SUARAM Penang yang beribu-pejabat hanya di Sg. Dua itu sahaja.

Kalau diambil kira semua faktor dan situasi ini, maka C4 percaya, lanskap politik kampus di USM akan berubah lebih ketara khususnya membabitkan gerakan Pro-Mahasiswa. Berdasarkan sumber dari organ dalaman Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) USM, C4 dimaklumkan sudah banyak gesaan supaya PMI keluar dari Pro-M kerana kredebiliti gerakan tersebut yang semakin tercemar teruk akibat pembabitan langsung gerombolan pro-sosialis dalam PRK tahun lepas.



Adakah PMI rela disisihkan oleh faktor Khalid Ismath ini? Adakah YDP PMI bersedia menerima pengaruh Syiah dan sosialis dalam Pro-M di USM? Atau PMI bakal membawa haluan sendiri? Secara peribadi, C4 yang pernah berada dalam saf kepimpinan PMI USM suatu ketika dahulu, nak lihat PMI lebih tegas dan berprinsip.   Tegas dalam soal akidah, berprinsip dalam soal perjuangan.

Wednesday, 22 May 2013

Tanda- tanda Anwar Ibrahim Akan Naik Minyak

RON97 turun 20 sen mulai malam tadi

KUALA LUMPUR - Harga jualan runcit petrol RON97 di seluruh negara turun 20 sen seliter kepada RM2.70 seliter berbanding RM2.90 seliter berkuat kuasa malam tadi.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Hassan Malek mengesahkannya semasa dihubungi Bernama di sini hari ini.

Harga petrol RON97 disemak kali terakhir pada Mac 2013 dan pernah berada pada paras RM3 seliter pada September 2012.

Harga runcit RON97 ditentukan oleh 'apungan terurus', dan harga akan berubah mengikut kuasa pasaran.

Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia, Datuk Zulkifli Abdul Mokti berkata penurunan harga RON97 disambut baik selain memperlihatkan dasar kerajaan yang mengutamakan keperluan rakyat.

"Saya percaya (penurunan) itu tepat sekali. Kerajaan dilihat memang berpegang pada dasar," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata penurunan berkenaan disebabkan harga pasaran minyak dunia yang mengalami sedikit penurunan selain dasar apungan harga minyak yang diamalkan oleh kerajaan.

Beliau juga menjangka tiada kenaikan harga minyak petrol untuk RON95 dan RON 97 dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata penurunan harga minyak petrol RON97 tidak menjejaskan operasi stesen-stesen minyak seluruh negara selain tidak menyebabkan kerugian kepada pengusaha stesen minyak. - Bernama


 

Tuesday, 21 May 2013

Thursday, 25 April 2013

AZNIL HAJI NAWAWI DIHALAU MAHASISWA USM??

Salah seorang Ikon 1Malaysia, Aznil Haji Nawawi yang juga Pengacara Nombor 1 negara hari ini sempat singgah di USM ketika beliau dalam siri Jelajah IM4U ke seluruh negara. C4 yang kebetulan berada di USM atas urusan kerja, turut tidak lepaskan peluang bertemu dengan idola C4 ini. Jom tengok gambar-gambar Aznil atau lebih dikenali sebagai Pak Nil bersama para peminatnya di USM.







Sekarang ni budak-budak USM juga sedang buat Karnival Sukarelawan 2013. Meriah sungguh, bertambah meriah tadi dengan kunjungan Pak Nil. Beruntung betul mereka. Dulu susah nak dapat peluang macam ni. Syukurlah negara kita aman damai dan rakyatnya bebas bergerak ke mana-mana sahaja yang diingi tanpa perlu bimbang akan keselamatan diri. Bebas buat program siang malam, di mana-mana sahaja. Nak apa lagi?

Sunday, 14 April 2013

TEORI BLACK PEARL PAKATAN RAKYAT


C4 tertarik dengan situasi muktahir yang sedang berlaku dalam Pakatan Rakyat. Mingguan Malaysia, edisi 14 April 2013, menyiarkan rayuan penuh sayu lagi pilu yang dibuat oleh Pengerusi DAP, si tua OKU Karpal Singh supaya parti-parti gabungan dalam Pakatan Rakyat mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Pakatan Rakyat ni, kalau boleh diibaratkan, dah macam sebuah kapal dengan tiga nakhoda berlainan. Masih ingat gelagat Jack Sparrow, Kapten Barbosa dan Flying Dutchman dalam francais filem Pirates of The Carribean? C4 sebenarnya tersenyum bila baca rayuan Pengerusi DAP itu sebab kisahnya tak jauh beza dengan perebutan kuasa dalam kapal Black Pearl membabitkan ketiga-tiga ketua lanun dalam filem tersebut.

Masing-masing ada gaya sendiri. Masing-masing nak berkuasa. Kapten Barbosa misalnya, C4 ibaratkan sebagai Hadi Awang, seorang ketua lanun yang bijak dan pandai menyusun strategi tetapi selalu juga ditipu atau dikenakan oleh Jack Sparrow. Dalam kalangan mereka, yang paling nakal dan licik tentulah Kapten Jack Sparrow (Anwar Ibrahim). Namun, yang paling digeruni dan dihormati sebenarnya ialah Flying Dutchman. Siapa watak ini? Siapa lagi kalau bukan Karpal Singh.



PAS masih lagi tak boleh tinggal imej Islamnya. Kalau tinggal terus (walaupun sekarang ni dah nampak sedikit demi sedikit dibuang), maka mengamuklah akar umbi. Jadi nak tak nak, pemimpin utama PAS perlu bercakap tentang agenda Islamnya. PKR pula, masih tegar dengan hasrat melunaskan dendam serta cita-cita peribadi Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri. Manakala DAP pula, macam biasalah, penuh dengan agenda Malaysian Malaysia yang sebenarnya mahu menguntungkan satu bangsa sahaja.

C4 percaya, atas percaturan masing-masing ini berlakunya perebutan kerusi yang kian tenat dalam Pakatan Rakyat ketika ini. Masing-masing tak percaya antara satu sama lain. PKR tak percaya DAP dan PAS akan bantu mereka menguasai Seri Perdana, PAS pula tak percaya PKR dan DAP akan ikut kehendak mereka melaksanakan pemerintahan Islam. DAP? Langsung tak pernah percaya akan PAS dan PKR dalam segenap hal.

Ibarat Black Pearl. Ibarat Jack Sparrow, Barbosa dan Dutchman. Kalau Jack ada kompas merengnya, hari ini Anwar ada pengikut-pengikut yang lebih mereng daripada kompas mereng si Jack Sparrow. Merengnya mereka ini hingga percaya bulat-bulata setiap apa yang diperkatakan oleh Anwar. Hadi pula beruntung sebab ada pengikut yang taksub. Tapi yang pasti Karpal Singh juga untung sebab dia ada pengikut yang cerdik dan pandai tikam dalam gelap, dalam senyap.

Saturday, 13 April 2013

UMNO FITNAH LAGI?


Gempak satu malaysia, dengan isu Setiausaha Agung PAS iaitu Dato Mustafa Ali dengan wanita yang belum lagi dikenal identitinya. seperti dijangka ledakan Boom ini tidak sedikitpun mencalar atau mengugat hati-hati pejuang tegar PAS. C4 percaya seperti video-video sebelum ini yang melibatkan pemimpin mereka  maka secara atutomatiknya butang Fitnah UMNO akan ditekan dan jari telunjuknya akan memfokuskan bahawa ini semua kerja UMNO. tahniah ....

aduuuiiiiiiii pening jugak kepala C4, belum pun ada siasatan dan pengakuan, terus kesalahan itu dihukumi kepada pihak lain. apa masalah pun C4 kurang pasti, mungkin lepas kalau kita lakukan apa sahaja perkara maka kita akan hukumi UMNO, persoalan C4 kenapa UMNO? mungkinkah ini juga salah satu strategi Pakatan Rakyat? dan akhirnya UMNO dijadikan kambing hitam, emmmmm mungkin ada asas. tapi yakin dan percaya ke puak-puak jentera Pakatan Rakyat terutama PAS. pada mereka pemimpin merekalah yang baik dan berhati murni nurani dan tiada dosa.....politik negara makin panas.....

Wednesday, 10 April 2013

ayam sabung

tanggal 20 April 2013 telah ditetapkan sebagai tarikh keramat untuk  Barisan National melawan keegoan Pakatan Rakyat dan tarikh terbaik bagi masing-masing menentukan calon-calon yang berkaliber. C4 teringkat masa dikampung melihat perlawanan ayam sabung dan inilah masanya bagi kedua-dua parti mempertaruhkan ayam (calon) terbaik mereka. paruhnya perlu tajam, tajinya kena panjang,kepaknya kena melebar luas dan yang penting adalah semangat dan kesihatan ayam itu, masuklah gelanggang mana sekali pun C4 yakin pasti menang.

kalau dinilai dari segi kreadibiliti calon yang dipertaruhkan oleh Pakatan Rakyat, C4 melihat bahawa banyak yang perlu diperbaiki, banyak tektik yang perlu digunakan, banyak muslihat yang harus diperhalusi memandangkan calon-calonnya mempunyai masalah moral yang cukup teruk terutama seteru dalam Keadilan, isu seksual dan pemikiran yang sekular menjadi satu tonikd an barah yang cukup serius untuk mereka berhadapan dnegan rakyat, Azmin Ali,Teresa,dan beberapa lagi tokoh mereka termasuklah dalang utama B.A.B.I (brader Anuar Bin Ibrahim) mempunyai masalah gelora seks yang cukup hebat. sudah tentulah ketentuan moral ini akan diambil sebagai pertimbangan oleh pengundi walaupun acap kali mereka menyatakan ini adalah fitnah namun pada masa yang sama tiada sebarang tindakan undang.-undang diambil oleh penfitnah.

C4 melihat bahawa pertembungan kali ini akan memihak kepada ayam jantan yang sudah cukup bersedia bersabung dalam gelanggang yang bakal ditentukan oleh kita sebagai penonton dan banyak yang perlu kita pertaruhkan dalam perlawanan ini....